Tuesday, May 6, 2014

Salam Perkenalan....








Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Syukur kepada Allah kerana telah memberi satu kekuatan dalam diri ini untuk merealisasikan impian untuk mempunyai kedai di alam maya ini....dalam keterujaan ini tidak lupa juga diucapkan terima kasih kepada guru aka mentor iatu Pn. Zaila Mohamad kerana dengan tidak jemu2 memberi semangat dan tunjuk ajar selangkah demi selangkah untuk merealisasikan impian ini. Terima Kasih Ya Allah atas kurnian ini...


Saya, Raja Nor Azlina binti Raja Ahmad, dilahir dan dibesarkan di Bandar Diraja Pekan, Pahang Darul Makmur. Saya berusia 35 tahun dan dikurniakan 4 orang cahayamata yang kesemuanya adalah puteri.Saya menceburi perniagaan secara online adalah untuk menambah pendapatan (side income) bagi meningkatkan taraf hidup yang lebih baik.  

Tujuan "Kedai Alam Maya Azlina " ini ditubuhkan bukan sekadar menjadi penambah bilangan kedai2 online yang sedia ada..tetapi untuk memberi pilihan kepada sahabat2 dan anda semua untuk melaksanakan aktiviti terapi mida yang paling berkesan sama ada MEMBELI BELAH atau sekadar CUCI MATA ...pilih yang mana berkena ye kawan2...walau apa pun pilihananda semua..saya sedia memberikan khidmat barangan yang berkualiti pada harga yang berpatutan....

Ya Allah..berkatilah dengan hidayah dan kasih sayangMu permulaan perniagaan 'Kedai Alam Maya Azlina' ini..ameen

Sekian entri pengenalan...semoga "Kedai Alam Maya Azlina" ini  menjadi pilihan anda semua ye...

Lin boleh dihubungi melalui :
email : rajanorazlinarajaahmad@gmail.com
H/p:   0129619142 (msg,whatsapp,weechat)


No comments:

Post a Comment