Thursday, May 28, 2015

Azam Baru..Semangat Baru...Perancangan Baru...

Assalamualaikum......
 Lama tidak menulis disni...blog ini dibiarkan 'berhabuk' yang agak lama. namun, hari ini..datang 'seru' untuk menulis. Ya Allah..moga momentum ini berterusan hendakNya..aamin.

Sebenarnya saya nak mengupas isu bekerja makan gaji dan kerja sendiri. Sekarang ini sudah mula dilihat trend ibu-ibu bekerja dari rumah atau Work At Home Mother (WAHM). Satu perkembangan yang bagus...Malaysia semakin maju...cuma saya je la yang belum lagi membuat keputusan yang sebaik-baiknya......
 
Ke mana hala tuju kita untuk mencari rezeki? Bekerja di pejabat atau bekerja di rumah. Semuanya adalah pilihan di tangan masing-masing. Namun begitu, jangan sesekali kita memperlekeh atau memandang rendah kepada orang yang bekerja dari rumah!!!

Kita sepatutnya menghormati kerjaya dan punca rezeki setiap orang, waima seorang pengangkut sampah. Dalam dunia pekerjaan, kita saling melengkapi di antara satu sama lain. Ia umpama rantaian perhubungan yang memerlukan antara satu sama lain. Oleh itu, sila hormati kerana kita tidak berhak menidakkan rezeki orang lain.

 
Dengan apa cara sekali pun kita mencari rezeki, manfaatkan rezeki dengan sebaiknya. Walaupun sedikit, ia tetap rezeki dan kita wajib bersyukur. Kepuasan sebenar adalah dengan memberi, bukannya menerima. Kerana setiap daripada rezeki kita, terselit rezeki orang lain di dalamnya.
 
Azam saya, tahun ini nak berniaga secara online dengan lebih aktif lagi. Oleh itu, perancangan rapi perlu disusun supaya matlamat tidak tersasar. Mohon doakan saya kengkawan....agar di permudahkan jalan untuk berniaga ini...saya juga ingin berjaya seperti kalian semua...
 
Jumpa lagi..... 

p/s: Produk JSD masih lagi dijual...jgn malu..jgn segan...PM/WA :0129619142
 
 
 

No comments:

Post a Comment